Sunday 9 March 2014

UDANG SEBALIK MEE

Setelah lama berdiam diri... Orang tu muncul kembali...
Mula banyak pertanyaan yang bermain di minda, itu dan ini..
sebagai perempuan kita dituntut menjaga pergaulan dan batas-batas dalam berkawan...
tambahan berkaitan dengan pergaulan lelaki dan perempuan...
Takut-takut ada ja udang di sebalik batu..
ya allah minta simpang malaikat 44...
dah la berjauhan dari suami...
Jadi soal keikhlasan ini mula Wujud..

**************************************************



Sebenarnya ikhlas bermaksud solid atau bersih. Maknanya kalau anda beribadah memang niatnya kerana Allah tetapi dalam melakukan solat sebagai contoh, kita tambahkan niat lain seperti, nanti orang akan kata aku orang beriman, supaya aku mudah dapat kerja, supaya Allah perkenankan doa ku dll lagi. Niat-niat seumpama itulah yang menunjukkan kita tidak ikhlas.
Dalam contoh yang lain, kalau kita berkawan dengan seseorang lelaki, niat kita nak jadikan dia pasangan suami isteri. Niat kita ini dapat dinilai dengan kejujuran kita berkawan dengannya, iaitu tidak mengambil kesempatan terhadap persahabatan itu. Barulah dia dikatakan ikhlas.
Sebaliknya seseorang yang niatnya tidak ikhlas dalam berkawan, dia tentu mempunyai niat yang lain selain niat asal. Walaupun asalnya kita berniat untuk menjadikan dia pasangan suami isteri, tetapi ada lagi niat yang mendampinginya antaranya, nak mudah minta duit, nak lepaskan nafsu, dan pada masa yang sama dia berkasih juga dengan orang lain.
Jadi, ikhlas hanya jika kepada yang satu. Dalam hal ini kita sendiri boleh menilai keikhlasan hati kita sama ada ikhlas atau tidak. Oleh sebab itu, kita perlu membiasakan diri dengan fokus pada niat yang satu. Meskipun niat itu gagal, kita masih ada masa untuk membetulkan semula niat itu.


***************************************************
I sangat berharap setiap orang yang i kenal berada dalam keadaan ikhlas tika menjalinkan persahabatan. Xkisa atas dasar perniagaan atau pun kekeluargaan.





No comments:

Post a Comment